2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

PEMENANG-PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN MEMBAWA PULANG SMART TV 50” DAN BAUCER RM700 SETIAP SEORANG SEMPENA KEMPEN KESEDARAN AWAM KECURIAN KENDERAAN PDRM-VTREC 2019

Pemenang-pemenang bergambar dengan hadiah masing-masing sempena Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019 di Bukit Damansara, Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2019: Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad (VTREC) berbangga dapat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah melancarkan Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan 2019 dengan tagline “SAY NO TO VEHICLE THEFT”. 

 

Kerjasama ini merupakan antara inisiatif bersama di antara VTREC dan PDRM di dalam memerangi jenayah curi kenderaan di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada gaya hidup komuniti yang lebih baik (community wellbeing) serta menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia agar pihak bukan kerajaan dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan di dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial.

 

Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan ini dimulakan dengan pelancaran melalui media sosial pada 26 Jun 2019 di atas platform Instagram dan Facebook. Medium media sosial menjadi pilihan memandangkan peranan media sosial yang berkembang pesat di dalam ‘ledakan komunikasi’ dengan kehadiran teknologi web serta pengaruhnya ke atas aktiviti komunikasi individu dan sosial. Ia menjadikan media sosial sebagai platform komunikasi penyebaran kempen kesedaran awam ini, antara lainnya termasuk di dalam menyampaikan informasi kesedaran berhubung kecurian kenderaan di Malaysia dan langkah-langkah untuk melindungi kenderan dari dicuri terutamanya di kalangan generasi muda.

 

Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan, kesedaran berhubung jenayah curi kenderaan, kesan-kesan setelah kenderaan dicuri samada kesan ke atas kewangan mahupun psikologi serta bagaimana orang-ramai boleh memainkan peranan bagi mengelak kenderaan mereka dari dicuri.

 

Di samping itu, pelbagai pertandingan telah diadakan bagi menarik minat orang-ramai sepanjang kempen 2-bulan ini yang berlansung di lima (5) buah lokasi kempen yang berasingan dengan matlamat untuk menyebar kesedaran awam kecurian kenderaan ini seluas yang mungkin dan sebanyak mungkin capaian.

Antara hadiah-hadiah utama pertandingan yang menjadi rebutan antara peserta

 

Pertandingan dibuka selama 2-bulan bermula daripada  17 Jun 2019 sehingga 17 Ogos 2019.  Pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu “#Pledge Wall Contest”, “#VTREC Sticker Selfie Contest” dan “#VTREC Booth Snap Contest”.

 

Pemenang Tempat Pertama setiap kategori pertandingan membawa pulang Smart TV 50” berserta baucar tunai RM700-00 setiap satu, Tempat Kedua membawa pulang Smartphone berserta baucar tunai RM500-00 setiap satu, manakala Tempat Ketiga membawa pulang Basikal Bergear berserta baucar tunai RM300-00 dan hadiah-hadiah saguhati berupa baucar tunai RM100-00 x 10 setiap satu bagi setiap kategori pertandingan.

Auditorium Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan kempen

 

Pemenang-pemenang bagi setiap kategori telah diumumkan di media sosial VTREC seperti di facebook dan Instagram pada 22 Ogos 2019.  Pertandingan Kategori “Pledge Wall Contest” – Tempat Pertama dimenangi oleh Puan Hilda Ain binti Hassan, Tempat Kedua dimenangi oleh Puan Nur Farhayu  dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Cik Siti Nabilah binti Zainal Abidin.    Bagi  Kategori “VTREC Sticker Selfie Contest” – Tempat Pertama dimenangi oleh Puan Hilda Ain binti Hassan, Tempat Kedua dimenangi oleh Puan Wong Shek Phin dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Puan Liza Khalis.  Manakala Kategori “VTREC Booth Snap Contest” – Tempat Pertama telah dimenangi oleh Puan Norhaiza & famili, Tempat Kedua dimenangi oleh Puan Norsuhada dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Cik Wan Amanda Sofea.

 

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang-pemenang hari ini telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Ooi Win Juat, Pengarah VTREC.  Manakala Encik Mohd Yusof bin Idris, Penasihat Kanan VTREC diiringi oleh Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus VTREC telah menyampaikan cenderahati dan penghargaan kepada pihak PDRM dan pihak penaja di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

 

Ini adalah julung kalinya seorang pemenang telah memenangi dua hadiah tempat pertama bagi kategori yang berbeza di dalam satu pertandingan.  Puan Hilda Ain binti Hassan, seorang guru telah mengunguli Tempat Pertama bagi dua (2) kategori iaitu “Pledge Wall Contest” dan “VTREC Sticker Selfie Contest”.  Keputusan para hakim adalah muktamat.  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Puan Hilda Ain binti Hassan – Pemenang Tempat Pertama kategori  “Pledge Wall Contest”  dan “VTREC Sticker Selfie Contest” menerima hadiah daripada YBhg Dato’ Ooi Win Juat, Pengarah VTREC dan Encik Mohd Yusof bin Idris, Penasihat Kanan VTREC.

 

Wakil Puan Norhaiza & famili – Pemenang Tempat Pertama kategori  “VTREC Booth Snap Contest” menerima hadiah daripada YBhg Dato’ Ooi Win Juat, Pengarah VTREC  dan Encik Mohd Yusof bin Idris, Penasihat Kanan VTREC.

Encik Mohd Yusof Idris, Penasihat Kanan, VTREC diiringi oleh Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus, VTREC menyampaikan penghargaan kepada pihak Jabatan Pencegahan Jenayah D4 PDRM, Bukit Aman

 

Encik Mohd Yusof Idris, Penasihat Kanan, VTREC diiringi oleh Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus,  VTREC menyampaikan penghargaan kepada pihak Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, PDRM (JPJKK), Bukit Aman

 

Encik Mohd Yusof Idris, Penasihat Kanan, VTREC diiringi oleh Puan Mas Tina Abdul Hamid, Pengurus,  VTREC menyampaikan cenderahati dan penghargaan kepada wakil Penaja Hadiah Utama Smart TV 50” daripada Etiqa General Insurans Berhad

 

Semua pemenang dan para jemputan menjamu selera selepas berlansungnya acara penyampaian hadiah dan penyampaian cenderahati tersebut.