2nd Floor, Wisma PIAM 150 Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
+603 – 2274 7399 info@vtrec.net

SESI DIALOG VTREC: PERBINCANGAN STRATEGIK BERSAMA JPJ, MTA, PIAM DAN ISM

YBrs Puan Azlindayanty Mohd Termizi, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberikan taklimat dan penerangan kepada semua peserta dialog yang hadir

 

Kuala Lumpur, 13 Jun 2024: Satu sesi dialog dan perbincangan antara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  dan pemain-pemain industri insurans dan takaful di Malaysia anjuran Vehicle Theft Reduction Council (Majlis VTREC) dengan kerjasama Malaysian Takaful Association (MTA) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).  Sesi Dialog dan Perbincangan ini dianjurkan bagi membincangkan langkah strategik yang akan diambil oleh pihak-pihak yang terlibat seperti JPJ, VTREC, MTA, PIAM, syarikat-syarikat insurans dan operator takaful.

 

YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC, memimpin sesi dialog dan perbincangan yang dikendalikan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting

 

 

Puan Pang Swan Huey daripada Etiqa meminta penerangan lanjut daripada YBrs Puan Azlindayanty Mohd Termizi, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ketika sesi dialog berlangsung

 

 

Sesi dialog dan perbincangan ini telah berlangsung secara maya melalui platform Zoom Meeting. Turut hadir dalam sesi dialog ini adalah YBrs Puan Azlindayanty Mohd Termizi, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan (BPP) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid, Ko-ordinator VTREC serta 63 orang peserta dari pihak syarikat-syarikat insurans, takaful operator, MTA, PIAM dan ISM. Sesi dialog dan perbincangan selama 1 jam 45 minit ini telah berjalan dengan lancar.  Pelbagai pandangan dan cadangan telah dilontarkan oleh pemain-pemain industri yang terlibat bagi memantapkan lagi langkah-langkah strategik yang telah dirangka.

 

Encik Farid Akmal Johan, Eksekutif VTREC selaku pengacara majlis membuka sesi dialog dan perbincangan bersama JPJ dan pemain-pemain industri yang terlibat

 

Menurut Ko-ordinator VTREC iaitu YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid melalui ucapan alu-aluan dan selamat datang, platform dialog dan perbincangan ini penting bagi memastikan segala usaha murni yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan cadangan serta pandangan daripada sudut pandang pemain-pemain industri amat penting bagi memastikan perkara dari setiap aspek dan proses kerja diambilkira.

 

Sesi dialog dan perbincangan yang memberi ruang dan peluang kepada pemain industri seperti syarikat insurans dan takaful untuk bertukar pandangan dan bertanya soalan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

 

Di akhir sesi, YBrs Puan Mas Tina Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menghargai semua cadangan dan pandangan yang telah disuarakan. YBrs Puan Mas Tina juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs Puan Azlindayanty Mohd Termizi, Penolong Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kerana sudi meluangkan masa dan bertukar pandangan bersama-sama pemain industri bagi usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.  YBrs Puan Mas Tina turut menambah, kerjasama yang erat antara pihak kerajaan dan pemain industri diharap akan terus terjalin bagi memastikan setiap langkah yang diambil membawa kebaikan kepada semua pihak.  Sesi dialog dan perbincangan ini berakhir dengan sesi bergambar berkumpulan melalui tangkap layar (screenshot).

 

Sesi bergambar di penghujung sesi dialog dan perbincangan antara JPJ dan pemain-pemain industri yang terlibat secara tangkap layar (screenshot) sebelum semua peserta beredar